Sunday, March 8, 2009

Istana bersuara pertahan hak

KUALA LUMPUR 6 Mac – “Itu tandanya istana sudah terguris.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas tindakan pihak istana mula menegur mereka yang mempertikaikan institusi raja-raja Melayu.

Beliau berkata, reaksi kurang senang daripada institusi istana mula diperkatakan sejak keluarnya kenyataan Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tambahnya, ada sebab kenapa sultan dan raja mula bersuara dan salah satunya ialah ekoran daripada senario semasa yang dilihat ‘membelakangkan’ institusi istana.

“Reaksi itu menunjukkan institusi istana mula mengambil berat hal ehwal orang Melayu khususnya, selain beberapa insiden yang dilihat mencemar kemuliaan istana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bermula dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, semalam, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pula melahirkan rasa dukacita dengan perkembangan yang berlaku sekarang.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment