Tuesday, March 24, 2009

Cabar UMNO perjuang resolusi PERKASA dalam perhimpunan - Sinar Harian

Sinar Harian Mac 24hb, 2009

KUALA LUMPUR- Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Malaysia (PERKASA) sebagai salah satu agenda dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menggesa UMNO berbuat demikian memandangkan UMNO politik pertubuhan Melayu yang menjadi tulang belakang Kerajaan Persekutuan.

"Kita mencabar ahli-ahli dan perwakilan UMNO untuk memberi perhatian dan prihatin kepada 10 perkara dalam resolusi ini, kerana ia adalah luahan kaum pribumi demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan pribumi sebagai majoriti asal yang sah menurut sejarah dan Perlembagaan." katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Menurutnya, PERKASA juga akan memantau perjalnan Perhimpunan Agung UMNO melihat sejauh mana keprihatinan dan keseriusan merekamenangani isu kaum pribumi.

"Kita tidak mahu perkara ini hanya menjadi retorik semata-mata. Kalau dijadikan retorik, mereka hanya mendapat faedah jangka masa pendek sahaja," katanya.

Kelmarin, kira-kira 1,500 perwakilan dari pada 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan bermuafakat mengatakan pendirian bersama dalam resolusi pengistiharan Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang mengandungi 10 perkara.

Antara isi terkandung sesolusi tersebut ialag mempertahankan kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu, berkaitan hak keistimewaan pribumi dan bangsa Melayu, menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan dan lain-lain.

3 comments:

  1. Harap bukan saja UMNO..ahli PAS dan KEADILAN juga patut bincangkan resolusi ini..

    Melayu perlu bersatu.. ahli parlimen melayu Islam menguasai 60% parlimen..tapi tak mampu mempertahankan hak Melayu.. asal dapat kuasa, maruah bangsa biar tergadai

    ReplyDelete
  2. Saya sokong resolusi Perkasa. Dato Ibrahim Ali dan pemimpin Perkasa sepatutnya diberi jawatan yang sesuai untuk beliau dan Perkasa "contribute to nation building". Agak2nya UMNO perlu tak Perkasa dalam PRU14? Hidup Perkasa, Hidup Melayu!!!

    ReplyDelete
  3. JQK22are the best online casino gambling portal comprised of dedicated and responsible group of people focused to deliver the best and most accurate information about the online casino industry in general with the best customer service. provides variety of attractive and easy to win promotion such as 100% Welcome Bonus, Daily Deposit Bonus, Live Casino Cash Rebate, Slot Rebate, Sports Cash Rebate and even Birthday Bonanza on your birthday! Besides, also provides their own JQK Poker LC Gaming bonus, 918Kiss & Mega888 Cash Rebate bonus as well. Almost every month or every big event such as Chinese New Year, Songkran, Christmas, we will also provide special promotions! This is part of the reason JQK22 review is one of the tops in Malaysia

    ReplyDelete