Monday, March 9, 2009

Demi Perjuangan PERKASA, Ibrahim Ali rela menduda

Utusan 08/03/2009

Ibrahim lebih rela ‘menduda’

KUALA LUMPUR 7 Mac – “Saya lebih rela menduda daripada merujuk kembali.” Demikian tegas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, mengenai pendiriannya sama ada akan menyertai Pas atau kembali ke pangkuan UMNO.

Menurutnya, beliau selesa dengan status sebagai Ahli Parlimen Bebas yang membolehkannya menyuarakan pandangan mengenai kepentingan Islam, orang Melayu dan bumiputera tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Perkara itu, katanya, tidak boleh dilakukannya jika menyertai Pas yang kini terikat dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Mengenai UMNO pula, Ibrahim berkata, beliau masih terguris dengan keputusan parti itu yang melucutkan jawatannya sebagai Ketua Penaja UMNO Pasir Mas pada 2003.

Terdahulu, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) berkata, pihaknya akan mengadakan Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad, Bangsar, pada 22 Mac ini.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aslm'kum smua,
    sya ckup trtarik bla mmperkatakn tntang D' Ibrhim Ali. sya tak pduli apa org anggap dan kta tntang bliau. Bgi sya bla mmperkatakan tntang mlayu sememangnya bliau slah seorg "PMIMPIN MELAYU SEJATI." yg ada dan rmai skrang hnya pmimpin mlayu tpi maaf lee, tak ada apa dan tak trgmak nak cakap pmimpin jnis apa..........lu fkir la sndiri...!!!!!

    ReplyDelete
  3. pru nanti tiket atas parti ape..parlimen mane nak pilih.yakin boleh menang ke..

    ReplyDelete
  4. Datuk mesti bertanding lagi untuk mempertahan kerusi Pasir Mas dalam PRU 13 dan kalau boleh bertandinglah dibawah BN. Teruskan perjuangan mempertahankan agenda Islam dan Bangsa Melayu kerana tidak banyak pemimpin Melayu yang berani bersuara untuk bangsa sendiri dan ramai pula yang setuju dengan perjuangan Datuk tetapi tidak bersuara. Ini bukan soal perkauman tetapi sekadar mempertahankan apa yang masih ada sebelum terpinggir.

    ReplyDelete