Wednesday, March 25, 2009

Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan kerana provokasi ke atas Islam

Utusan Malaysia, Mac 25hb, 2009

Majlis Peguam terus dikecam

Oleh ANDIKA WAHAB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam yang sering memainkan isu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas memandangkan ini bukan kali pertama majlis tersebut bermain dengan isu melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

Katanya, majlis itu yang berlatar belakangkan perundangan sepatutnya tidak bermain dengan isu-isu sensitif kaum dan agama apatah lagi ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Majlis Peguam perlu tahu ruang lingkup dan bidang kuasanya dan tidak perlu mencampuri urusan keagamaan.

''Majlis ini juga kadangkala bertindak seperti NGO dan persatuan hak asasi sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat tentang peranannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin dalam kenyataan meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya.

Setakat 12 Mac lepas, sebanyak 1,000 pengunjung laman web tersebut membuat undian dalam tinjauan itu.

Menurut Feriz, Majlis Peguam semakin berani bermain dengan isu-isu sensitif kerana tahu Melayu kini berpecah-belah kerana sentimen politik.

''Tapi perlu diingat, walaupun berpecah-belah dari sudut pandang politik, perpaduan menerusi benteng Islam mampu mengetepikan elemen perbezaan politik,'' tegasnya.

Feriz menambah, sebarang provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara.

Justeru, mereka perlu dikenakan tindakan tegas selain mengkaji semula Akta Profesion Guaman serta membuat pindaan segera berkenaan bidang tugas Majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan juga berpendapat, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas kerana beberapa kali melakukan provokasi ke atas agama Islam.

Katanya, hukuman perlu dikenakan kepada majlis itu sebagai pengajaran kerana sering kali bermain isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini soal Melayu yang dipersoalkan kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

''Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Menurut Fuad, Majlis Peguam yang berlatar belakangkan undang-undang sepatutnya tahu akan beberapa tindakannya sebelum ini telah melanggari peruntukan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga telah membelakangkan keputusan kerajaan dan raja-raja Melayu yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah.

''Dakyah ke atas Muslim, pluralisme keagamaan dan usaha kesamarataan yang dilakukan Majlis Peguam ini perlu dihentikan.

''Oleh itu, perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak lagi mencerobohi bidang keagamaan terutama agama Islam," katanya.

7 comments:

  1. PEGI MAMPOS LA KO PERKASA HARAM JADAH! GELI AKU TENGOK PUAK2 MELAYU ULTRA NI..

    ReplyDelete
  2. woi status14....kau tu yg bangang....hidup dalam kepura-puraan....kalau kau melayu sejati kau sepatutnya sokong perkasa...sipa kita sebagai bangsa melayu kalau kita sendiri tidak menyokong melayu...mahukah status14 menjadi pengemis di negara sendiri...lihat di negara jiran terdekat (Singapooorah...ops maaf...)lihat bangsa melayu di kedudukan mana...lebih hina dari paaarrrriiiiaaaa.... lihat melayu Pulau Peninnngggg....di pinggir kan...kita bukan nak kan 100% hak kita di beri...cukup jika hak yang ada di pertahan kan.... renungkan lah status14...fikirkan mendalam....jangan ikut kata hati...gunakan lah fikiran dan kewajaran disebalik semua kata2 anda...HIDUP MELAYU....HIDUP PERKASA...

    ReplyDelete
  3. apabila Majlis Peguam di kuasai non muslim begitulah jadinya..

    apa lagi kalau negara dikuasai mereka nanti

    ReplyDelete
  4. sekurang-kurangnya kita ada PERKASA yang belum tercemar dengan rasuah dan kuasa.. kita ada tempat untuk bersuara..bercakap tentang nasib bangsa..

    tak sedih ke tengok melayu hari ini?..

    ReplyDelete
  5. stratus14 k0 pesal plak nk kutuk PERKASA??PERKASA bkn tmpat k0 nk cri gad0 lar...bangang!!!
    HIDUP PERKASA

    ReplyDelete
  6. sekadar pandangan...

    TABUNG PEGUAM MUDA MELAYU
    Penulis perhatikan apabila pilihanraya di adakan atas sebab kematian Ahli Yang Berhormatnya atau sebab-sebab tidak melayakkannya, pihak kerajaan akan mula mengadakan projek `pilihanraya’ seperti turup jalan, bina longkang, mengecat, peralatan balai raya dan sebagainya untuk DUN berkenaan. Baiknya rakyat yang mendapat faedah dan kontraktor Bumiputera biasanya mendapat kerja. Apa yang menyedihkan kontraktor ini hanya baik dengan YB Pemberi Projek sahaja, akrab sekali, tetapi balik rumah dan taman perumahan, kontraktor ini sombong, tidak bercampur gaul Dan tidak mesra masyarakat. Buat hal sendiri. Saya sarankan semua YB Pemberi Projek harus mengutamakan pemberian kontrak kecil (emergency) kepada kontraktor yang mesra rakyat. Mereka harus secara tidak langsung menunjukkan tabiat yang baik. Jangan sebab kontraktor, parti BN/UMNO dibenci rakyat.


    Balik kepada pengagihan projek bagi DUN berkenaan, kosnya mungkin mencecah RM1 juta, sebahagian daripadanya boleh diagihkan kepada Tabung Peguam Muda Melayu di DUN berkenaan. Tujuan Tabung ini dibentuk ialah untuk melatih peguam muda Melayu di dalam perudangan. Tabung ini mempunyai bantuan kewangan dan tenaga manusia. Peguam UMNO dan BN yang berpengalaman harus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peguam muda ini. Jangan hidupkan kontraktor sahaja, peguam muda yang baru juga perlu dibantu. Jikalau ada ruang pejabat, sewa murahkan kepada mereka. Buat pemulaan bayar gaji mereka selama 6 bulan (melalui Tabung tersebut) supaya ia boleh berdikari kemudian. Beri dia peluang perniagaan. (MOSTI atau BIOTECHCORP memberikan geran permulaan perniagaan bernilai jutaan RM kepada sebuah syarikat, mengapa tidak UMNO/BN mencari dana membantu RM50K untuk seorang peguam muda. Keadah perlaksanaan boleh dirancang supaya tiada penyelewangan) Jikalau ada perumahan baru kerajaan, beri mereka beberapa peratus kerja surat perjanjian, sebagai contoh. Barulah peguam muda ini dapat belajar dan tidak merungut `asyik asyik peguam tu yang dapat’. Peguam muda melayu ini mesti ditarik menyokong Kerajaan. Alangkah baik juga ia dapat diwujudkan disetiap DUN dan ramai bilangannya. Jikalau UMNO/BN tidak buat ini, lama kelamaan Bar Council memang sebuah badan anti kerajaan.

    Penulis perhatikan pihak Kerajaan UMNO / BN tidak seagesif dari segi mengambil tindakan undang-undang jika dibandingkan dengan PR terutamanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Pulau Pinang. Cakap sikit mereka saman atau mereka tuntut maaf terbuka. Akan tetapi Anwar Ibrahim terutamanya bercakap di dalam negeri dan diluar negara tanpa batasan. Ada perkara yang masih dibicarakan lagi pun boleh diulas diluar mahkamah. Begitulah puasnya mereka. Tun Mahatir sendiri disaman berjuta-juta. Penulis melihat ini sebagai `opportunity’ dan bukan `threat’.

    Seperti di dalam industri pembinaan, kontraktor kelas F diberi kerja secara undi dan adakalanya projek diagih atau dikurnia terus. Penulis mencadangkan Kerajaan turut serta dalam program melahirkan lebih ramai lagi peguam muda di DUN / Parlimen / seluruh negara. Wujudkan program mentor mentee dikalangan peguam senior pro kerajaan dengan peguam muda. Mentor akan membantu dan melatih peguam peguam ini menjalankan tugas seorang peguam. Salah salah tugas mereka ialah menyaman PR jika ada kes fitnah, menipu, salah guna dan sebagai. Sebuah badan akan memantau ceramah mahupun akhbar mereka dan jika didapati meyalahi undang-undang, peguam muda ini mesti bertindak. Melalui tindakan ini, peguam muda ini akan belajar dan mengumpul pengalaman. Penulis ingin melihat Anwar Ibrahim kena hadir kes mahkamah di Alor Gajah Melaka esok, lusa di Alor Setar, tulat di Kota Kinabalu, akhir bulan di Muar, 1 hb di Kuantan dan sebagai. Letih juga dia. Hanya melalui tindakan undang-undang, Anwar Ibrahim akan berhati-hati apabila bercakap dan menulis.

    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete