Thursday, December 25, 2008

Tindakan tarik sokongan Melayu

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Tindakan kerajaan negeri Selangor kembali melantik orang Melayu sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disifatkan sebagai bermotifkan politik.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) melihat tindakan tersebut seolah-olah dibuat dalam keadaan ‘terpaksa’ dan tidak menggambarkan niat sebenar kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, tindakan kerajaan Selangor itu tidak lebih daripada hanya untuk menjaga kepentingan politik pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

‘‘Kerajaan negeri pimpinan PKR nampaknya sudah mulai sedar akan kerugian yang ditanggung akibat kehilangan sokongan orang Melayu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Sunday, December 21, 2008

Perkasa bantah penswastaan

Utusan Malaysia Disember 20, 2008

KOTA BHARU 19 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menentang sekeras-kerasnya hasrat konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) untuk membeli kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) demi menjaga kepentingan asas rakyat dari segi kos rawatan kesihatan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, pengambil alihan kepentingan institut perubatan tersebut tidak menjamin golongan miskin untuk mendapatkan rawatan dengan kos yang rendah.

Beliau turut mencadangkan supaya Sime Darby menubuhkan sendiri pusat pembedahan jantung dan bukannya mengambil alih IJN yang dibina khusus untuk kemudahan rakyat.

"Walaupun Sime Darby ambil alih 51 peratus saham, ia merupakan pegangan majoriti dan bila swasta ambil alih pasti ia akan diniagakan yang akan menyebabkan rakyat mengalami kerugian kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Pembedahan jantung amat kritikal demi kepentingan rakyat, jika Sime Darby berminat boleh tubuh pusat jantung sendiri. Kenapa perlu ceroboh IJN yang kerajaan sudah belanja begitu banyak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Sime Darby untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN Holdings Sdn. Bhd. yang kini dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Semalam, syarikat tersebut mengesahkan telah mendapat persetujuan daripada Unit Perancangan Ekonomi bagi mengkaji kemungkinan pengambilalihan itu.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., milik penuh Kementerian Kewangan.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan agar tidak menswastakan pusat perubatan berkenaan demi kemudahan rakyat terutama bagi golongan miskin.

"Saya gesa kerajaan jangan buat rakyat terus marah dan saya percaya jika perkara ini dibawa ke Dewan Rakyat tidak ada seorang Ahli Parlimen yang akan bersetuju.

"Kepentingan rakyat secara menyeluruh perlu dilihat dengan teliti, jangan buat keputusan secara membuta tuli kerana jika ia diswastakan saya pasti kos perubatan di IJN akan melambung tinggi," katanya.

Sunday, December 14, 2008

Perkasa sokong sekolah satu aliran

KOTA BHARU 13 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong cadangan Profesor Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim spaya diwujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, saranan yang dikemukakan oleh tokoh sejarah itu dianggap berani dan tepat pada masanya demi melahirkan generasi beridentitikan Malaysia.

‘‘Perkasa menyokong kenyataan Kay Kim kerana perubahan sistem sekarang kepada sistem sekolah satu aliran dijangka mampu mewujudkan integrasi nasional yang lebih berkesan bagi jangka masa panjang.

‘‘Sistem yang ada sekarang memerlukan transformasi kerana terdapat pelajar yang tidak fasih menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

‘‘Melalui bahasa juga perpaduan dapat dicapai, merapatkan hubungan antara pelbagai kaum yang ada di negara ini malah rakyat berbangga kerana mempunyai satu bahasa yang mencerminkan imej negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika mengulas cadangan Kay Kim dalam akhbar China Press kelmarin, supaya negara ini mewujudkan sistem sekolah satu aliran.

Ibrahim menambah, sistem yang ada sekarang juga mengelirukan pelajar berkomunikasi terutama apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara.

‘‘Situasi tersebut mengundang persoalan di kalangan warga asing dan mungkin berpendapat pelajar negara ini tidak mempunyai identiti Malaysia malah mungkin menyangka mereka dari negara Cina, Hong Kong atau dari India,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, December 9, 2008

Setuju rakyat, Parlimen putuskan soal kekebalan Raja

Oleh NOR ZAINAH NORDIN dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik bersetuju bahawa rakyat dan Parlimen adalah pihak yang berhak membuat keputusan sama ada perlu mengembalikan kekebalan raja seperti sedia kala atau dengan bersyarat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan kuasa raja-raja dalam memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen.

Menurut beliau, ia sebagai langkah untuk memastikan kekebalan raja-raja Melayu kekal dan orang Melayu lebih yakin serta percaya bahawa institusi beraja di negara ini masih relevan.

“Perkasa menggesa Perkara 66 yang memasukkan Fasal 4A dipinda semula. Ini penting dalam masa kita bercakap soal ketuanan Melayu dan agama Islam yang tidak boleh diusik, mengembalikan kuasa raja-raja itu akan lebih meyakinkan orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan untuk membawa usul mengenai perkara itu di Parlimen kelak, Ibrahim berkata, beliau akan menyokong sepenuhnya apabila ada parti politik berbuat demikian.

“Saya rasa ini bukan untuk kepentingan orang Melayu sahaja tetapi untuk mewujudkan satu situasi yang mampu mengekalkan kesejahteraan kepelbagaian kaum di negara ini,” katanya.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa rakyat dan Parlimen adalah pihak yang sebaik-baiknya membuat keputusan bagi mengembalikan kekebalan kepada raja-raja.

Baginda bertitah, mungkin kekebalan dengan syarat tertentu lebih sesuai diperkenalkan khususnya berkaitan dengan kuasa untuk bercakap supaya tiada pihak yang akan membawa raja- raja ke mahkamah atas apa yang dititahkan.

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pula berkata, pandangan Sultan Selangor yang menyerahkan kepada rakyat dan Parlimen untuk memutuskan soal pengembalian kekebalan raja-raja adalah tepat.

Beliau berkata, terpulang kepada rakyat dan Parlimen untuk mengambil tindakan jika didapati perlu dikembalikan kekebalan kepada raja-raja.

Bagaimanapun, secara peribadinya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berharap pindaan Perlembagaan yang baru dilaksanakan itu kekal kerana belum ada keperluan mendadak bagi mengembalikan kekebalan tersebut.

‘‘Dengan cara ini akan dapat memastikan tanggungjawab itu dilaksanakan sebaik-baiknya bersama-sama,” katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, soal itu perlu diperhalusi semula dan selagi tiada kaitan jenayah, raja-raja perlu dikembalikan kekebalan sesuai dengan fungsinya sebagai payung negara.

‘‘Saya tidak nampak raja-raja akan salah guna kelebihan tersebut memandangkan ada Majlis Raja-Raja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pihak yang akan mengimbangi kekebalan tersebut,’’ katanya.

Pada perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa Gapena, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berpendapat, adalah elok kekebalan raja-raja Melayu dikaji semula untuk dikembalikan memandangkan institusi itu menjadi pengimbang kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

“Jika tiada kuasa raja, kerajaan mungkin akan menjadi terlalu kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu adalah wajar.

Monday, December 8, 2008

Sunday, December 7, 2008

konsep Ketuanan Melayu bukan untuk menjajah kaum lain

Dalam perkembangan lain, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menegaskan bahawa penekanan konsep Ketuanan Melayu pada masa ini bukannya bertujuan untuk menjajah kaum lain di negara ini.

Jelas beliau, konsep itu tidak lebih daripada pernyataan sejarah yang kini semakin dilupakan oleh banyak pihak sehingga menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

"Kaum lain tidak perlu gelisah dan takut kerana konsep Ketuanan Melayu tidak bermaksud untuk menjajah orang lain, sebaliknya ia akan memupuk kembali integrasi antara kaum di negara ini.

"Telahan kaum lain mengenai konsep tuan dan hamba juga tidak tepat kerana untuk menjadi tuan, Melayu mesti kuat dalam segenap perkara tetapi pada hakikatnya Melayu adalah lemah," katanya.

- Petikan dari laporan Utusan Malaysia bertarikh Disember 6hb, 2008 berjodol Peluang menang 'kerusi panas' seimbang - Ibrahim Ali