Monday, January 5, 2009

Isu tanah: Peguam Negara digesa ambil tindakan

Utusan Malaysia, 4th January 2009

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 3 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

“Kenyataan Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa pemberian hak milik tanah kekal selaras dengan syarat keadaan khas di bawah kanun tersebut tidak tepat sama sekali.

“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

No comments:

Post a Comment