Friday, February 20, 2009

Ibrahim Ali hempas songkok pertahan Raja-Raja Melayu

Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas pertahan Raja-Raja Melayu ...

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim ,"Inilah wira,".- Agendadaily 19/2/2009

26 comments:

  1. http://allaboutfrogs.org/funstuff/coloring/firblythm.gif

    ReplyDelete
  2. Yb tidak berasa yang YB telah khianati amanat rakyatke???????YB Saya nak nyatakan dengan ikhlas YB...Kami rakyat Pasir Mas Tak kan mengundi YB jika YB tidak Mennggunakan lambang Bulan(o)...YB Kalau Pas letak calon Beruk menentang YB saya Yakin Seratus Percent yang Beruk tu akan menang.kerana terbukti pr yang lalu YB tidak pernah menang malah hanya mendapat undi 200 per 30 000...YB kena sedar!!!!!!!!!!!!Assalamualikum..Bangsa Tidak Menjamin Kesyurga..Tapi Islam Akan menyelamatkan dunia dan akhirat...Islam bukan melayu dan melayu bukan islam!!!!!!

    ReplyDelete
  3. wak sangat sokong usaha2 Tuan dalam menyatukan kaum melayu.

    Bersatu teguh, bercerai kita kahwin lagi......

    ReplyDelete
  4. saya sokong penuh perjuangan PERKASA......takkan MELAYU HILANG DIDUNIA....YAB Ibrahim Ali....masa telah tiba untuk perjuangan sebenar...mari kita TENTANG penglibatan pihak asing dalam menentukan hala tuju negara kita....maka saya menyeru agar PERKASA melindungin entiti MELAYU dan ISLAM demi maruah AGAMA dan BANGSA....saya merayu agar ditentang penglibatan dan campurtangan asing dalam keputusan strategik dan imej negara.....saya harap YAB FAHAM maksud saya....demi AGAMA !!!!!!dan yang terakhir demi BANGSA....wassalam

    ReplyDelete
  5. NEXREN..
    Bodoh punya nexren,berfikiran singkat,kalau melayu merempat dan jadi kuli di negara sendiri adakah islam jadi kuat....orang cakap konteks bangsa melayu......marah juga...takkan nak cakap pasal bangsa cina pula...

    ReplyDelete
  6. Kalau ada pemimpin Melayu berjuang nak majukan bangsa sendiri setaraf dengan bangsa lain di bumi sendiri dikritik dan tidak disukai oleh bangsa sendiri, amat malanglah dilahirkan sebagai melayu islam.....Amat malang lagi kepada bangsa melayu yang kononnya nak perjuangkan islam tetapi keluarga dan diri sendiri tidak ikut suruhan tuhan, sembahyangpun selalu lewat dan tidak dikerjakan,tetapi bercakap bukan main pandai pasal islam,nombor toto dibelinya juga,itulah penyokong pas kampung aku.

    ReplyDelete
  7. Syabas YB Ibrahim Ali... terus berusaha perjuangkan hak Melayu. Melayu tetap bersama tuan.......anda wira Melayu yg berani berubah..... syabas YB

    ReplyDelete
  8. NEXREN..
    pemikiran singkat.
    sokong atas diri sendiri
    pikir mana baik mana buruk
    jangan sokong sebab mak bapak lu suruh sokong
    akai ada>?

    ReplyDelete
  9. Setakat hempas songkok buat apa?...hentakkan kepala kat tembok sebab Chua Tee Yong dah 'liwat' orang Melayu termasuk awak (mungkin tertidur ketika itu) pada siang hari dan di depan khalayak ramai di Parlimen pada 16 Mac bahawa "tiada kaum yang majoriti di Malaysia". Tengoklah hansard Parlimen 16 Mac 2010.

    ReplyDelete
  10. Kita bukan perkauman..tapi kita sayang bangsa kita..kita lihat bagaimana kaum cina jaga kepentingan kaum mereka..saling bantu membantu dari sagala segi termasuk hal kewangan dan monopoli kawasan..

    kita bangsa melayu saling dengki mendengki dan menjatuhkan sesama sendiri..

    yang sedih bangsa asing cemuh sultan bangsa kita pun ikut serta..

    ReplyDelete
  11. Dengar sini baik baik wahai Perkasa pengecut..
    Aku mohon dibuat satu lapuran khusus mengenai hal ini dibawah tajuk marilah kita bersama-sama mengharamkan konsep MENGALIBABIKAN PROJEK.
    Semua sedar gejala ini sudah sebati dikalangan kontraktor Melayu khasnya Umno.Lihat saja dimana mana tapak pembinaan ..tak sah ..kalau tak dak Cina. Kenapa ini terjadi ?
    Cis!! ahli kontraktor dari Perkasa juga mungkin berperangai begini.
    Ini mungkin dari benih benih Anak Haram Jadah.
    Siasatlah .
    Apakah tiada kontraktor atau subkon dari Melayu.
    Poodah..Poodah.Didepan Melayu menjeritjerit
    Ketuanan Melayu..Jangan ganggu hak Melayu..
    ..dibelakang ..duduk semeja dengan Cina bahagi projek.
    Aku cabar kau braheim katak..

    ReplyDelete
  12. Perda di Pulau Pinang.
    Perda sebuah agensi dibawah JPM ditubuhkan untuk membantu sektor ekonomi orang Melayu dalam pelbagai bidang.
    Baiklah..Aku ingin bertanya kenapa projek perumahan di Kubang Menerong,Tasek Gelugor, sebelah Kilang Kopi Hang Tuah milik Perda diberikan kepada syarikat Cina.
    Projek meliputi 1000 unit rumah ini sedang rancak dijalankan..diluarnya..terpampang perkataan PERDA dan syarikat Sempadan Seloka Sdn.Bhd.
    Apakah sempadan seloka dari golongan anak babi?
    Brahem katak bukan brahem babi minta tolong siasat.
    Jelas lagi terbentang..masuk saja ketapak pembinaan didepan ofis kontena tercegat tokong cina. Kenapa diprojek Perda ada benda ini.?
    Akibatnya ..dari pengurusan,arkitek,consultant,M&E,QS,tukang kayu,tukang besi,konkrit,bumbung,pintu-tingkap,tile,wiring,segalanya hingga ketanam rumput disapu Cina.
    Apakah ini konsep IbuBabi.
    Siapa Pengerusi Perda ?..tolong Pekasam siasat.

    ReplyDelete
  13. Aku berkerja dibidang pembinaan sangat kenal dengan kontraktor khasnya dari Umno.
    DiPapan Tanda Projek waaah...kontraktor Melayu..masuk tapak projek semuanya subkon Cina...
    Inilah diantara sifat Celaka orang yang nak mempertahankan Ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
  14. Tolong tok brahem bengong..
    Mu tolong tulis balik buku sejarah ...manusia manusia Melayu yang berjuang dengan sebenarnya melawan Inggeris untuk kemerdekaan.Tulis semua nama Ulama' yang terlibat..mu jangan tinggal satu pon. Tok Ku Paloh, Dato Maharaja Lela.Dato Bahaman..dsbnya.Supaya generasi baru akan dibakar dengan semangat ketuanan melayu.
    Buku sejarah yang ada disekolah hari ini ada yang ditulis oleh India dan Cina..sudah menyelweng fakta.
    Tolong padamkan nama Tan Cheng Lock ,Sambathan.
    Ini semua nama sial bagi ketuanan Melayu dalam berjuang kemerdekaan.
    Nama lima orang nie..T.Rahman,Rzak,Hussein On,Madey,Dolah..hanya manusia yang menjulang bendera diatas darah dan nyawa pahlawan Melayu terdahulu termasuk Ulama.
    Mu jangan tipu..jangan sembunyi fakta sebenar ini. Kalau mu jujor ..dalam syarahan mu ..mu wajib sebut benda nie.

    ReplyDelete
  15. Mu juang ..tapi mu penipu.
    Kalau mu jujor...mu bagi balik semua hak hak untuk Melayu. Contohnya Biasiswa untuk anak Melayu.
    Mu dajal..kenapa mu hapuskan biasiswa.
    Menatang Cina ,India mapoh gi demo..tak dak biasiswa ,,,biarkan dengan PTPTN.
    Tapi untuk orang Melayu...yang dinamakan TUAN.
    Wajib..Mesti,.. tak dapat tidak ..diberi biasiswa kerana kami TUAN..wahai brahem bengong hoi!!.
    Kalau mu boleh berjuang bagi balik biasiswa nie kepada orang Melayu..mu mapoh esok mayat mu wangi...kalau tidak mayat mu teramat amat busuk...kerna hidupmu berjumlah tipu orang Melayu.
    Awas brahem..

    ReplyDelete
  16. Bila mu sebut Ketuanan Melayu.
    Aku nak sebut kat mu ade dua bende disini.
    Bila sebut TUAN mesti ada pasangannya BUKAN TUAN...yakni HAMBA>
    Mu tahu dak berapa ramai orang Melayu panggil Cina Tuan kah..kah..kah...
    Bangsa apa jadi Pak Guard di Kilang Cina..kedai emas Cina..Bank Cina..banglo Cina..
    Poodah...
    53 tahun umno memerintah Cina punya segala-galanya..tanah,projek,permit,ap,lesen,dsbnya..pemerintah mana yang bagi...kalau bukan UMNO sial.
    Buktikan kepada aku ..untuk sekeping lot tanah saja ..bagaimana boleh jadimilik cina.Kerjaan manakah yang bagi.?
    Aku minum kopi di Lenggong...perempuan Cina tu kata kepada Melayu..ini wa punya kuli. Dan Melayu tu kata..ini saya punya tokeh. Cuiih!!.
    Itulah hinanya Melayu akibat diperintah Umno.

    ReplyDelete
  17. Satu hari aku masuk balai polis...tiba tiba seorang polis Melayu tu ..pagi TUAN kepada pegawai India...kah..kah..
    Melayu panggil India TUAN...

    ReplyDelete
  18. Bila sebut Ketuanan Melayu..sebut Perkasa tu..
    dah sah dah ..perkauman.
    Tok sah nak dolak dalik lagi...
    Tok sah nak sembunyi sembunyi lagi..nanti pondan pula.
    Tegas betul betul..
    Sebab kita nak bercakap hak melayu saja..
    Kalau gi sebut nak tolong Cina dan Hindu juga..baik tak payah buat Pekasa.
    Kalau mu sokong 1 Malaysia pula...
    Hak mu buat Pekasa nie...orang kata wayang Cina sajalah..
    Mu bahong..bahong..nipu..nipu..

    ReplyDelete
  19. oooppsss silap masuk ke laman blady racist..hehehe

    ReplyDelete
  20. "Apa yang sensitif? Kalau buku ditulis oleh sasterawan negara, apa yang nak bising? Ini negera asalnya Tanah Melayu," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

    Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, sepatutnya sensitiviti umat melayu dan pribumi yang perlu menjadi "asas dan pokok" untuk diambil kira.

    nampak sgt u ni racist ibrahim ali..apa kata kalau org panggil u baarua!!!

    ReplyDelete
  21. Ibrahim ni memang takde otak, kurang ajar. Dia ni bukan baarua, dia ni babi, makan tahi.

    ReplyDelete
  22. salam tn ibrahim ali..saya amat yakin bahawa tn 'punye ball' sedang dipicit2 oleh sang penguasa,,so 'moral of the story' penggal ni confirm dah tak de parti yang nak 'engage' tn sebagai calon sebab tuan adalah individu spesis 'concensus bebas' yang sebenarnya memang ade agenda untuk menghuru-harakan malaysia..saya sedih sebab tuan seorang yang amat tidak mengenang budi..niat ikhlas parti cap bulan bagi kebenaran tuan untuk bernaung di bawah logo mereka telah disalahgunakan..ni lah jenis manusia akhir zaman..fikir2kan lah tuan...TAKBIRRRRRR

    ReplyDelete
  23. Syabas, tuan Hj Ibrahim Ali semoga usaha2 yg dilakukan akan mendapat ganjaran nanti. Usaha2 utk memurtabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Raja2 Melayu saya tabik hormat. Dlm soal petroleum di Kelantan setakat ini apa usaha-usaha yg dilakukan oleh Perkasa , sebab ini menyentuh kepentingan majority bangsa Melayu yg terang2 tlh dipersenda dan diperkotak katik oleh pimpinan yg tidak berhatiperut. Hingga kan gas dibawa lari melalui Negara asing. Inikah yg dipanggil pejuang bangsa??? Selayaknya org bertanggungjawab boleh dipanggil tali barut penjajah!!! Kenapa tuan hj tak baling songkok ke muka –muka mereka??? Bejemur panas mogok lapar sehingga hak2 milik bangsa tanah air tempat tumpah darah tuan hj dilayan sewajar, disamping memaksa bekas Tuan Besar menyatakan kebenaran semasa pindaan dibuat? Nak tunjuk berani bela kebenaran kpd orang jauh, kepentingan keluarga anak beranak sendiri diabai !!! Tunailah tanggung jawab janji2 tuan semasa PRU dulu dan bersopan kpd tuan rumah yg mempersila tuan hj naik ke atas. Jika tidak pasti Tuan Hj hidup merempat spt geladangan musafir kelana.

    ReplyDelete
  24. pokok pangkalnya , adakah ibrahim ali ni ada trek yang boleh dijadikan profil untuk membuktikan bahawa beliau ada prisip. Jangan jadi pak kadok ,menang sorak ,tapi kampung tergadai. Tengoklah dia punya trek rekod selama ini.. boleh caye ke ...

    ReplyDelete
  25. DIAM LA BABI. MUKA IBRAHIM ALI MACAM BABI. GEMUK MACAM BABI. CAKAP MACAM BABI. KELAKUAN MACAM BABI HUTAN. KEMUDIAN SEMUA PENGIKUT PERKASA ANAK BABI. BUAT KACAU NO.1. TENGOK U MIA MUKA LAH. BETOI BETOI MACAM BABI.

    ReplyDelete