Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan sebagai reaksi daripada keadaan sosio-politik Negara yang tidak menentu selepas pilihanraya Mac 2008. Banyak perkara-perkara dasar yang menyentuh hak-hak masyarakat teras atau pribumi seperti Agama Islam dan peranan Raja-Raja Melayu serta perkara-perkara penting yang terkandung dalam perlembagaan 153 telah secara berani dipertikai dan dipersoalkan secara terbuka, rakus, dan tidak ilmiah samada oleh bangsa Melayu sendiri apatah lagi yang bukan Melayu.
Parti-parti politik Melayu dan badan-badan bukan kerajaan yang sepatutnya tampil melindungi hak-hak berkenaan, bersifat dingin, akibat takut dilebal
“racist” oleh pelaku-pelaku yang bermain politik dengan menagih simpati pengundi-pengundi bukan Melayu untuk tujuan kekuasaan. Akibatnya, dasar-dasar asasi kaum peribumi ini secara berani mulai dijualbeli, dipersoal, dicabar kehingga ke persoalan kesahihan usul pribumi itu sendiri.
PERKASA tidak perlu apologetik dan defensif dalam perjuangan hak pribumi kerana ianya adalah suatu hakikat dan kesahihan sejarah. Ini dapat dilihat dari pengorbanan bangsa dan Raja-Raja Melayu, peranan anggota pasukan keselamatan, persetujuan bersama kaum berdasarkan prinsip
“quid pro quo”, dan rekod kestabilan Negara seperti yang terbukti lebih daripada 50 tahun kemerdekaan Negara.
Dipetik dari
kata-kata aluan Dato Ibrahim Ali dilaman web Perkasa
No comments:
Post a Comment