Friday, March 20, 2009

Persediaan Perhimpunan Perkasa berjalan rapi

Sepanduk Perkasa kelihatan di tepi Masjlid Kg Baru, Kuala Lumpur

Beberapa sepanduk dan bunting sudah mula kelihatan di serata Kuala Lumpur mewar-warkan acara perhimpunan besar-besaran pada hari Ahad Mac 22hb ini.


Sepanduk yang kelihatan di hadapan IJN di lebuh raya Jalan Tun Abdul Razak

Disamping itu, di Masjid-Masjid utama seluruh Lembah Kelang, risalah untuk acara telah disebarkan selepas sembahyang Jumaat.

Risalah acara perhimpunan Perkasa

Selepas temubual Astro dengan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali semalam 5:30 petang, Astro Awani sudah mula mewar-warkan acara ini di saluran.

Astro akan mula menyiarkan acara perhimpunan dari mula pukul 10:30 pagi. Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyampaikan ucaptamanya pada pukul 11:00 pagi.

No comments:

Post a Comment